Tuesday, March 22, 2011

Siapa Stormreaders ?

STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Dengan berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buk
u-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.
Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran p
roduk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah system affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh Syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.
Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.

web stormreaders network.

Thursday, February 10, 2011

Aluan


Selamat Datang ke Blog Stormreaders Group Syababpenang (Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang melalui Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan) , web ini diwujudkan untuk membantu para pelawat untuk mengetahui bisnes MLM Syariah pertama STORMREADERS NETWORK. Web ini dicipta khusus kepada ahli PAS terutama Pemuda yang ingin membantu Dewan Pemuda dalam mencari dana bagi menampung segala aktiviti kepemudaan dan dalam masa yang masa terlibat secara lansung dengan aktiviti pemuda.

Disini juga akan diberikan maklumat untuk membantu para downline untuk mencari ahli dan akan sentiasa perhubung antara pihak Haibahones dengan para downline sekalian.