ESTORE PEMUDA

Setiap belian di Estore Pemuda ini akan menyumbang sebanyak 20% ke dalam Tabung Pemuda Negeri terutama bagi program-program kebajikan yang dijalankan oleh Lajnah Kebajikan Pemuda Negeri:

PANDUAN MEMBELI BUKU DI e-STORE STORMREADERS 



Pembeli Kali Pertama: Anda perlu mendaftar akaun Pembeli untuk membeli di laman e-Store Stormreaders dengan klik Daftar Masuk. Dengan akaun ini anda dapat melihat dan menyemak rekod pembelian serta status tempahan anda secara Online.
C. Cara membuat pendaftaran Akaun Pembeli di e-Store (tanpa akaun, anda tidak boleh membuat pembelian).
1. Masuk ke e-Store Anda atau e-Store Ahli Stormreaders (klik www.stormreaders.net/syababpenang atau www.stormreaders.net/username-anda). Sila gunakan pelayar Internet Explorer, jangan gunakan Mozilla Firefox kerana akan timbul beberapa masalah nanti.
Cara Daftar Masuk
2. Klik link [ Daftar Masuk ] di bahagian atas sebelah kanan page seperti di atas dan tetingkap seperti di bawah akan keluar :
Daftar Pembeli
3. Klik [ Sertai Sekarang ] dan paparan seperti di bawah akan keluar. Masukkan semua maklumat yang bertanda (*) dan tekan [ Hantar ]
Borang Pendaftarab
4. Jika tiada masalah paparan ‘Tahniah anda telah berjaya mendaftar’ akan keluar seperti di bawah:

5. Sila perika emel anda (alamat email yang anda gunakan dalam borang pendaftaran). Pihak Stormreaders akan menghantar 1 emel seperti gambarajah di bawah. Anda perlu klik link ‘confirmation’ yang dihantar bersama dengan user ID dan kata Laluan Anda :

Selepas anda klik link, tetingkap “Email Verification Successful” akan keluar. Tahniah, kini anda telah memliki akaun Pembeli di e-Store Stormreaders.
Dalam panduan seterusnya di bawah, saya akan menunjukkan contoh bagaimana anda boleh buat pembelian di e-Store Stormreaders:
Cara Membuat Pembelian Produk di e-Store
1. Buka laman web e-Store Stormreaders (www.stormreaders.net/asia atauwww.stormreaders.net/kedai-anda) . Sila gunakan Internet Explorer.
2. Sila Klik link [ Daftar Masuk ] dan paparan seperti di bawah akan keluar. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan anda. Kemudian tekan [Log Masuk].
Daftar Pembeli
3. Paparan “Akaun Saya” akan muncul seperti di bawah. Untuk pembelian produk anda perlu klik menu [Laman Utama]

Paparan Laman Utama akan muncul. Di sini terdapat senarai produk seperti gambarajah di bawah:

4. Di Laman utama, anda boleh pilih mana-mana produk pilihan anda. Untuk dapatkan info mengenai buku atau produk tersebut klik pada gambar produk dan satu tetingkap akan akan keluar seperti di bawah. Contohnya saya klik pada gambar atau tajuk buku “Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif”, maklumat produk serta sinopsis kandungannya akan keluar seperti di bawah:

5. Selepas buat pilihan, klik butang [BELI] pada produk tersebut. Tetingkap yang mengandungi senarai belian anda akan muncul seperti di bawah:

6. Tekan [Teruskan membeli belah] jika anda ingin menambah lagi senarai produk yang ingin dibeli. Jika anda telah berpuas hati, klik [Beli] dan paparan seperti di bawah akan muncul. Anda perlu membuat pemilihan cara penghantaran:

Ambil sendiri – Jika anda ingin terus dapatkannya di HQ Stormreaders (Saujana Damansara)
Alamat Terkini – Jika mahu produk dihantar ke alamat seperti dalam akaun anda
Alamat Surat Menyurat – sekiranya mahu produk dihantar ke alamat berlainan dari alamat di daftarkan dalam akaun anda (contohnya jika anda ingin membuat pembelian untuk orang lain atau menjual produk kepada orang lain)
Contohnya jika anda klik butang ‘Alamat Terkini’ , paparan penyemakan berikut akan keluar:

7. Klik butang [ Teruskan untuk semak keluar pembelian ] dan paparan di bawah akan keluar:

Pada bahagian ini terdapat no akaun Stormreaders Network. Anda perlu memasukkan duit mengikut jumlah belian anda dan termasuk Kos Penghantaran. Untuk bahagian Nombor Rujukan, anda boleh masukkan no rujukan transaksi bank atau tarikh/masa pembayaran dilakukan. Pembayaran boleh dilakukan melalui transaksi online, mesin deposit atau pemindahan wang. Contohnya, jika bayaran dibuat pada 25 Nov 2010 jam 9.15 pagi, anda boleh masukkan berikut 251120100915.
Jangan lupa untuk faks atau emelkan bukti transaksi anda. Jika anda bercadang untuk membuat pembayaran kemudian pun boleh, tapi jangan lupa catatkan no akaun Pembayaran, No Faks dan emel supaya anda dapat menghantarnya kemudian.
8. Selepas itu, tekan [Teruskan untuk semak keluar pembelian]. Paparan ‘Semakan Tempahan’ di bawah akan keluar: